Wednesday 10 August 2011

~ayurosni enterprise giveaway~

1:MESTI jadi follower http://ayurosni.blogspot.com -----done!
2:LIKE FB pages-http://wwww.facebook.com/ayurosni----done!
3:nyatakan dari mana anda tahu mengenai giveaway hadiah @yurosni ni.----dari fb grup mumbiz network
4:kenapa anda nak join giveaway hadiah @yurosni.----1st, well, semua org nak dan suka dapat hadiah..free plak tu..so, saya join...2nd, kalo dapat pam avent manual itu, saya akan pertimbangkan untuk menimang cahayamata ke5..kehkehkeh...3rd, kalo takde rezeki, saya akan memanjangkan pahala giveaway ini, dengan menyedekahkan kepada sesiapa yang layak (mungkin boleh buat mini giveaway pula..hahahaha..4th, kalo menang hadiah baju kurung, saya mahu melaram sebagai baju raya (sebab saya mmg tak beli lagi baju raya, dan takde niat nak beli..huhuhu..5th, kalo menang nursing cover, saya akan gunakan untuk baby ke5..hihihi..dan kalo takde rezeki berbaby, saya akan panjangkan pahala giveaway ini dengan menyedekahkan pada yang layak..banyak taw pahala awak, puan penganjur!!)
5:link kan penyertaan ke blog ini.----done!
6:komen kat entry ini, untuk sahkan penyertaan anda.----done!

Giveaway akan berlangsung dari hari ni 10 Ogos 2010 sehingga pukul 12 tgh malam 20 Ogos 2011.

Pertama: Avent Manual Breastpump bernilai rm190
KeduaNursing Kurung Pahang
Ketiga: Nursing Cover

Penyertaan pertama: handmade brooch 
Referral penyertaan terbanyak:

Wednesday 29 June 2011

Kenangan Sewaktu Bersalin Contest

Setiap kelahiran anak2, punya cerita, kenangan dan mimpi yang berbeza..untuk peraduan kali ini, saya nak ceritakan perihal kelahiran anak ke 3 saya...


Sewaktu mengandungkan Naufal, banyak ujian hebat yang saya lalui..antaranya, saya hanya tahu saya mengandungkan Naufal hanya selepas 5 bulan melahirkan abangnya..jadi, bleh bayang tak camana penatnya mengandung dan dlm masa yang sama, menjaga anak kecik yang baru nak meniarap, merangkak, bertatih dan berjalan?? Dan anak2 ini, saya jaga sendirian...suami takde, keja jauh..balik sesekali sahaja..


dan ujian rumahtangga menjadi taruhan..hingga terpaksa bawak kes ke pejabat agama...ok..itu cerita lama..


dan macam tahu2 sahaja ibunya ini terbeban dengan 1001 benda, mengandungkan Naufal memang takde masalah..takde diebetes, hb darah ok, semuanya ok..


due date yang doktor bagi, ialah pada 24 Ogos 2007..dan masa tu, saya memang tak bercadang nak amik cuti awal..maklumlah, ini kandungan ketiga, so, dah bleh agak kalo rasa sakit nak bersalin..masa nih, berulang alik dari umah mak ke tempat kerja, hari2 naik jambatan Pulau Pinang..hari2 berdoa, jgnlah saya sakit masa tgh jammed tuh..sebab kalo sakit time tuh, nak lalu kut mana pegi hospital kan? masa tu Jambatan hanya ada 2 lorong sahaja..takkan nak terjun ke laut, dan berenang pegi spital? hiks..


Allah memang perkenankan doa saya..petang 14 Ogos, saya masuk mesyuarat..siap bleh bergelak ketawa ngan kawan2..memang tak ada apapun tanda..perjalanan balik ke rumah pun, smooth saja..lepas maghrib, dah mula rasa sakit pinggang yang amat sangat..masa tu, tengah suapkan abang Muhammad (umur 13 bulan) makan nasik..letih nak kejar dia bagi makan..adik yang tengok saya kesakitan, take over tugas menyuapkan makanan tu..


masa tu, mak dah nak talipon abang, suh bawakkan pegi hospital..tapi saya takmo susahkan abang..saya nak tunggu ayah saya balik dari mengajar alQuran..Ayah sampai kat rumah lebih kurang jam 11 malam..lepas ayahmakan,ayah hantar saya ke hospital bersalin Pulau Pinang..masa tu,anak sulung dan anak kedua menangis nak ikut saya gi spital..alahai anak2 ibu..

dan sebab pengalaman2 lepas, saya siap bawak byk majalah..saya expect saya akan masuk wad dulu mlm tu..sepanjang 2kelahiran, takde yang keluar awal, sbb tu saya expect kali nih pon sama..jam 11.45 malam, sampai kat hospital..lepas check bukaan, rupanya dah 4cm..jadi saya disorong masuk ke labour room..saya suruh ayah balik jek dulu..(ayah mmg takleh temankan saya beranak..hikhikhik..)

dalam labour room, sedikit rasa syahdu..sebab sakit sorang2..sedangkan bilik yg saya inap tu, adalah bilik rakan bayi...nurse tanya, suami puan mana? alahai..macammana nak jawab???so, syahdu sorang2...lebih kurang pukul 4.33 pagi, selamatlah sudah saya melahirkan seorang lagi bayi lelaki..ini bayi lelaki ke 2 saya, setelah mempunyai Muhammad dan kakaknya, Umaira...lepas nurse bersihkan baby, nurse serahkan pada saya utk disusukan..lagi sekali, kesyahduan melanda..anak ini,satu2nya anak yang saya sendiri azankan dan iqamatkan..sebab sang ayah tiada..jadi sayalah yang mengambil alih tugas itu..lebih kurang jam 6 pagi, saya disorongkan naik ke wad..

inilah kenangan kelahiran yang saya nak kongsikan disini..entry ini entry last minutes..harap ada rezeki utk menang..sebab hari ini jugak adalah besday saya..

puan penganjur,sila pilih saya sebagai pemenang yer..

saya tag
Puan Lela dan Puan Angah...

inilah Naufal....

Thursday 2 June 2011

THEHONEYBUNCH FINAL GIVEAWAY | Naturally Motherhood Giveaway

ini ada satu lagi peraduan..hadiahnya amat lumayan (utk pengguna 'hijau' seperti aku)..hiks..jom join..

kita ikut syarat2 dia dulu...

1. mula2 kena follow her 2 other blogs..(me, done)
  
http://naturalparentinglove.blogspot.com 
http://homeschoolkeeps.blogspot.com 



2. If you are a blogger, write a blog post about this giveaway and must include link-back to this giveaway link (http://thehoneybunch.blogspot.com/2011/05/thehoneybunch-final-giveaway-naturally.html).
okes..ini dikira menulis 1 entri lah kan..


3. IMPORTANT : For both either you are entering this giveaway in blog post or facebook notes, you must include this sentence and finish it with your own unique meaningful ways ,"Motherhood to me....." OR "Dunia ibu buat diriku..."(not more than 30 words of your own words).

OK, yang nih kena perah otak skit..nak menang, kena la cari slogan yg menarik dan kreatif..kata org, slogan yg catchy..hikhikhik..


"Dunia ibu buat diriku....tatkala menahan pening 9 bulan, melahirkanmu dengan payah, menyusukanmu dengan pasrah, membesarkanmu tanpa lelah, mendoakan keperibadianmu terserlah, menyayangimu tanpa kalah"


Inilah anak2 yang telah memberikan saya title yang tak semua org berpeluang mendapatnya..iaitu IBU..dan title nih, takde tempoh perkhidmatan..ianya disandang sepanjang hayat! Selagi nyawa dikandung badan, walau jasad sudah tiada, saya tetap IBU bagi mereka berempat..sayang kamu semua tanpa syarat!
(dari kiri: kakak mira, abang muhammad, awatif as-syifa dan naufal)



4. IMPORTANT : Please include all the sponsored link/URL of sponsor's websites or blogshops in your entries applicable to both types of entries.

Ok, berikut adalah penaja2 hadiah yang bermurah hati untuk peraduan ini..sila klik untuk mencapai pautan kepada laman web mereka...











ini adalah antara hadiah2 yang boleh kalian menangi...








sangat menraik, bukan??


Grand Prize
*1pc of Cotton Pantiliner + 1 Medium Bamboo Cloth Pad + 1 Heavy Bamboo Cloth Pad (worth RM90) proudly sponsored by BluCotton
*1 Pillow Book proudly sponsored by Muhammad's Playtime
*1 Reusable Eco Snack Cloth Bag proudly sponsored by Deana Design
*1 FI2 Diaper Cover with Bifold Soaker + 1 Cloth Wipes proudly sponsored byMaybel's Closet
*1 E-Book 30 Days Wholesome Family Activities + 30 days ECE Consultation proudly sponsored by TheHoneybunch Marketplace


First Prize
* 1 pc of Cotton Pantiliner + 1 Medium Mix Bamboo + 1 Heavy Bamboo (worth RM52) proudly sponsored by BluCotton.
* 1 Diaper Cover (Bling Bumz) proudly sponsored by Mama Sewbulous
* 1 Baby's Blanket proudly sponsored by Crystal Princess Cottage
* 1 Cloth Wipes proudly sponsored by Maybel's Closet

Second Prize
* 1 pc Cotton Pantiliner + 1 Medium Cloth pad + 1 Heavy Cotton Pad (worth RM43) proudly sponsored by BluCotton
* 1 Denim Diaper Cover proudly sponsored by Chago Mago
* 1 Campbell (Lion) Cloth Book proudly sponsored by Muhammad's Playtime
* 1 pc Cloth Wipes proudly sponsored by Maybel's Closet


Third Prize
* 3 pcs Butterfly Pantiiner proudly sponsored by Sweet n Cozy
* 1 pc Reusable Eco Snack Cloth Bag proudly sponsored by Deana Design
* 1 pc Cloth Wipes proudly sponsored by Maybel's Closet


maklumat lanjut peraduan ini, sila klik disini....

hanya utk peraduan

blog ini dicipta, bertujuan untuk menyertai peraduan secara atas talian (online) sahaja..

terima kasih.